Luahan: Kejujuran

Sunday, September 18, 2011 Xarruc 0 Comments





Dalam hidup ni banyak yang kita kena pikir. Bukan setakat pikir untuk diri sendiri tapi pikir untuk orang lain jugak! Kalo 11 orang terlibat, kesebelas hati kena jaga and belai (tak penat ker???). Kengkadang kita terlalu menjaga hati orang, sebagaimana kita hendak orang jaga hati kita. BUT, ntah orang yang anda jaga tu, selesa ke?? Boleh terima ke dia dengan cara anda?

Slalu orang cakap tarik helai rambut biar tak terbang tepung (erkkk.... betul ker perumpamaan ni? Belasah je laaa...). Tapi wat per nak penat2 nak tarik rambut tu, punya la jaga sampai habuk tepung tak terbang, sedangkan guna la cara bijak sket, penapis kan adaaaa (huhhhhh? penapis??).

Mudah kata, jujur je la dari hati ke hati. Nak menyuruh, mintak dengan hemah. Kalau nak meminta, tanya dengan baik. Kalau nak mengajak, cakap direct one by one, tak payah la guna orang tengah. 

 Macam cerita sesetengah orang kampung, sampai dah masuk iklan; yang jiran sibuk melobi laki dengan strategi bagai kalah Sun Zi (erkk.... sape pakcik Sun Zi ni???) sebab nak lawan perabut sape paling lawa, paling mahal, paling berjenama... Perlu ke strategi gitu? Cukup la sekadar straight-forward, kalau tak dapat sudah la. Kalau tak mampu, tunggu la nanti. Kalau tak nak ikut, cakap je la takde keinginan, kan mudah. Jujurlah, kan mudah.




You Might Also Like

0 comments: